Bolehkah roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup?
Info yang menarik...perlu dibaca untuk pemahaman yang sebenar-benarnya tentang dunia roh.
Tuesday, 20 November 2012
Saturday, 8 September 2012
6 Cara Mudah Membuat Anak Anda Rasa Disayangi....oleh jamilah samian
Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.a.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.
Saturday, 11 August 2012
Sendiri Itu Terapi....oleh ismi ilhani
Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)
Wallahualam...
Saturday, 5 May 2012
Tambahan Kunci Dalam Berdoa....oleh roziyah mahamad
Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan kita kepada Allah.
Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.
Antara perkara yang perlu dititik-beratkan ialah adab-adab berdoa seperti menghadap kiblat, berwuduk, mengangkat tangan dan suara sederhana.
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." [7:55]
Cara yang terbaik dalam berdoa adalah seperti yang Allah ajarkan kepada ahli syurga,
"Doa ucapan mereka (di dalam Syurga) ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan. Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [10:10]

Doa-Doa Yang Afdal
Sebaik-baik doa adalah doa-doa daripada Al-Quran, kerana ayat-ayat Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah (kata-kata dari Allah). Contohnya, doa Nabi Ibrahim di dalam surah 14:35-41.
Antara doa-doa di dalam Al-Quran
Doa supaya tidak berputus asa [Maryam:4]
Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan [Thaha:25-26]
Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan [Kahfi:10]
Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatuyang tidak diketahui hakikatnya [Hud:47]
Doa mohon diberi keputusan yang baik [A'raaf:89]Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa [Isra':14]
Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir [Yunus:85-86]
Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat [Baqarah:201]
Doa memohon keampunan dan rahmat [A'raaf:23]
Doa memohon agar diterima amalan [Baqarah:127]
Doa dicukupkan keperluan [Taubah:129]
Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah [Ahqaf:15]
Sunday, 8 April 2012
Tips Mengajar Anak Untuk Solat...oleh hasifah zainuddin
Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya.
Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.
Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."
Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"
umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"
Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
· Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.
Praktikal solat yang dibuat di Tadika Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan, anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk menjadi ketua!
· Sesekali ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.
· Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.
· Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.
· Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.
· Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.
Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat.
Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.
· Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.
· Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.
· Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.
· Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.
Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
Wallauhua 'lam

Saturday, 18 February 2012
Seorang Suami Bernama Muhammad....oleh tuan pahrol mohamad juoi
Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.
Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja... sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!
Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan, kabinet atau negaranya... tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.
Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira' terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah... bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.
Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: "Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku."
Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.
Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada... baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.
Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!
Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, "adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang." Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.
Sikap 'gentleman' dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan, ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?
Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban...
Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda 'bercakap' dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.
Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.
Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda... cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.
Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!
Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.
Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:" bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu." Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.
Baginda adalah suami yang 'sporting'. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, "hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya."
Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.
Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.
Jika kita ingin menjadi suami... contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama tetapi 'cinta bersama' buat selama-lamanya.
Masyhurlah kemudiannya kata-kata "marriage is loving-together, not just living together" namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu. Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w.
Saturday, 11 February 2012
5 Punca Masalah Kewangan....oleh khairul amnan & solaharith
Tidak dapat dinafikan, wang merupakan satu 'alat' yang amat penting untuk meneruskan kehidupan. Seawal pagi lagi, kita sudah menggunakan wang. Semasa perjalanan menuju ke tempat kerja, kita membelanjakan wang untuk membeli sarapan, mengisi minyak kenderaan, membayar tol dan pelbagai lagi aktiviti transaksi. Pada hujung minggu pula, kita akan membelanjakan wang untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama keluarga di restoran. Lihatlah, saban hari kita pasti menggunakan nota-nota kertas atau siling-siling ini. Oleh itu, kita perlu mengambil tahu cara-cara untuk menguruskan kewangan.
Artikel iLuvIslam kali ini berkongsi tentang 5 punca masalah kewangan yang sering membelenggu kehidupan kita. Mari kita perhatikan dan merefleksi diri tentang 5 punca ini agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?
(1) Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera.
Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.
Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini. Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
(2) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?
Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah 'biar papa asal bergaya' tidak seharusnya digunapakai.
(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar
Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.
Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti 'HomeBudget', 'Piggie' dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu anda mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.
Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.
(4) Citarasa melebihi kemampuan
Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur-"Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya."-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?

Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
(5) Sukar menolak tawaran
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.
Tuesday, 24 January 2012
Culture Shock!...oleh nurul izati
Culture shock!
Dari tajuk di atas, pasti ramai yang mengetahuai maksud 'culture shock' . situasi ini selalunya dikaitkan di kalangan para pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)tidak kisah samada IPTA ataupun IPTS. Kebanyakan pelajar seolah- olah suka dan mudah terpengaruh dengan budaya yang wujud ini lalu terikut-ikut untuk bersaing dan menjadi salah seorang yang tidak mahu ketinggalan dalam 'Budaya' ini.

Jenis- jenis 'Culture Shock' yang diadaptasi oleh pelajar IPT sekarang:
• Bercinta – boleh dikatakan kebanyakan pelajar tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai girlfriend / boyfriend , jika mereka tidak mempunyai teman 'istimewa' mereka akan dilebel sebagai ketinggalan zaman dalam erti kata lain tidak laku. Sebenarnya pemikiran ini wujud dalam kamus mereka yang hatinya sudah membatu kerana lupa akan cinta pencipta mereka. Harus peka dengan tujuan utama untuk menimba ilmu bukan mengikut nafsu.

• Cara berpakaian – ini dapat dilihat dari segi pemakaian para pelajar terutama sekali mahasiswi (perempuan) . pemakaian moden adalah tidak dilarang , akan tetapi si pemakai harus berwaspada daripada mendedahkan aurat dan kalau si pemakai bukan dari kalangan yang menutup auratnya dia sepatutnya menghormati para pelajar lain . Ada juga yang sangup membelakang kan agama demi nampak cantik / seksi .
Mark: Hey Lina awak nampak cantik dengan legging tu
Lina : Ye ke
Mark : you don't know your beautiful .....
Hati yang disangka kuat, sebenarnya mudah luluh dengan pujian dari kaum Adam .
Di sini kita tahu bahawa Allah sebenarnya menguji iman hambanya. Fikirkanlah berapa ramai yang sanggup transform selepas termakan pujian seperti ini. Memang ramaikan.

• Seks bebas- perkara ini bukan saja berlaku diluar kampus malah didalam kampus juga. Tanpa perasaan malu , pelajar tidak lagi mengetahuai batas yang perlu mereka ikut lalu terjerumus dalam kancah maksiat yang berleluasa ( menjadi ikutan pelajar lain). Sebenarnya banyak kes seperti ini terjadi di Malaysia hanya kes ini mugkin di rahsiakan oleh pihak institusi sendiri demi menjaga nama baik dari tercemar. Wallahualam .
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"
• Politik- sejak kebenaran berpolitik dikalangan para mahasiswa dibuka, ramai yang bersetuju dan ada pula yang tidak. Sudah pasti sebelum diwujudkan , pihak kerajaan memikirkan kesan yang akan terjadi dan bersedia untuk menagani isu ini. Politik dikalangan mahasiswa mudah mempengaruhi seseorang pelajar lain yang pada mulanya tidak mempunyai hasrat untuk berbuat sedemikian ( isu rusuhan pelajar yang semakin menjadi- jadi) seolah-olah menuntut ilmu bukan lagi tujuan mereka . kebebasan berpolitik seharusnya diguna sebaik mungkin jangan sampai merosakan diri sebagai mahasiswa.
Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.
Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.
• Gay / lesbian – ramai yang bersuara kerana terkejut , tetapi ramai juga yang merasakan isu ini sudah lapok. Yup , ini bukan perkara baru dan NO ini bukan suatu amalan mahupun budaya yang patut diikut oleh pelajar kita terutama sekali yang beragama Islam. sudahlah budaya songsang ini memusnahkan akhlak dan agama seseorang pelajar , jangan pula diajak yang lain untuk ikut serta. Nau'zubillah .
Seseorang yang berilmu , punya kesabaran
Dan tahu menggunakan ilmunya untuk mencari penyelesaian
Bukan menambah masalah yang sudah ada.
Fikir-fikirkanlah.
Dan tahu menggunakan ilmunya untuk mencari penyelesaian
Bukan menambah masalah yang sudah ada.
Fikir-fikirkanlah.
Sebagai seorang muslim seharusnya kita tahu batas- batas sebagai seorang pelajar yang patut dijaga agar maruah diri dan keluarga tetap dipelihara. Perkara diatas bukan saja wujud di Negara kita, tetapi di Negara lain juga. Bagi pelajar yang berada di luar Negara, adalah tanggungjawab mereka memelihara nama baik Negara , biarpun berada jauh di perantauan.
Tidak perlu saya nyatakan kes – kes yang banyak berlaku berhubung culture shock yang berkait dengan pelajar Malaysia kita diluar sana.
Tidak perlu saya nyatakan kes – kes yang banyak berlaku berhubung culture shock yang berkait dengan pelajar Malaysia kita diluar sana.
Diharap yang ringkas ini mampu dijadikan panduan agar dijauhi dari serangan culture shock .
Ingat virus ini mampu merebak dan anda mungkin terjebak. Hati- hati.
Ingat virus ini mampu merebak dan anda mungkin terjebak. Hati- hati.
Segala yang dikongsi di atas hanyalah untuk tujuan dakwah dan harap maaf atas segala kesalahan .
Subscribe to:
Posts (Atom)