Saturday, 23 July 2011

Persiapan Menyambut Ramadhan


Tentunya ada di antara sahabat yang merasa kebingungan, mengenai apa-apa saja yang harus dan perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan. Untuk itu, bolehlah diterapkan persiapan-persiapan berikut ini:
1-  I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan roh keimanan.
Orang-orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya
sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah
kepada kami keberkatan pada bulan Rejab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan roh keimanan itu, dalam surah at-Taubah Allah
melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rejab.
Tapi bukan bererti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar
sejak bulan Rejab kadar keimanan kita sudah meningkat.
Boleh dikiaskan, bulan Rejab dan Sya'ban adalah masa pemanasan (warming up), sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah boleh menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu kerana sudah terbiasa.
2- I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal.
Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan  fizikal yang lebih kuat
dan bersedia daripada biasanya.
Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.
Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah s.a.w dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika berkecimpung dalam masyarakat.
3-  I'dad Maaliyah, yakni persiapan harta.
Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan
berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini.
Mempersiapkan harta adalah untuk melipat gandakan sedekah, kerana Ramadhan padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.
4-  I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan.
Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.
Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah s.a.w. seketika Ramadhan.
Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai  berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.
Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ia diterima oleh Allah s.w.t dan diberikan ganjaran yang sewajarnya apabila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.
Sumber Text: Halaqah

Kisah Rasulullah dan Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam...

Sunday, 17 July 2011

Jom Jadi Malas


Apa yang telah anda buat pada hari ini?
Lihat hari yang telah berlalu, adakah terisi dengan perkara berfaedah?
Seringkali kita mendengar pesanan ini
"Masa hidup sebelum mati"
"Masa sihat sebelum sakit"
"Masa muda sebelum tua"
"Masa kaya sebelum miskin"
"Masa senang sebelum susah"
Tapi adakah kita benar-benar mengambil iktibar dari pesanan ini? Seperti satu kata pepatah "Orang yang boros hanya hilang wang, tapi orang yang membazirkan masa telah rugi sebahagian daripada hidupnya"
Jika kita lihat Imam al-Ghazali, beliau membahagikan masa dengan 1/3 masa diperuntukkan untuk ibadah, 1/3 masa diperuntukkan untuk bekerja dan 1/3 masa lagi digunakan untuk belajar. Bagaimana pula dengan kita?
Marilah kita jadi malas untuk malas. Hargailah setiap detik masa yang berlalu dan rancang masa sebaiknya.